Proses Artistik Kaedah Chapman

Proses Artistik Kaedah Chapman – Terdapat 3 fasa dalam Proses Artistik Kaedah Chapman bagi menghasilkan karya seni, yaitu:

1. Kaedah Penjanaan Idea (Inception of Idea) 

Di dalam menjana idea, pengkarya menetapkan objektif, haluan dan tujuan penghasilan karya. Di dalam konteks pendidikan seni visual, guru dimestikan untuk membimbing pelajar dalam menetapkan hala tuju penghasilan karya selain menerangkan kaedah menjana idea. Sekiranya diabaikan, adalah dikhuatiri murid mungkin tidak mampu menghasilkan karya.

2. Pengolahan dan Pemurnian (Elaboration and Refinement)

Proses pengolahan dan pemurnian idea dilakukan bagi mendapatkan kajian visual yang lebih sistematik dan tersusun. Proses ini digunakan oleh pengkarya bagi memastikan imej atau visual yang hendak dihasilkan atau dipilih bertepatan dengan tema dan objektif penghasilan. Dalam penghasilan karya di peringkat kanak-kanak, proses ini dianggap signifikan kerana proses pengolahan dan pemurnian biasanya diulang beberapa kali bagi mendapatkan hasil terbaik.

3. Kemahiran Menggunakan Bahan (Execution in a Medium)

Pemilihan bahan bagi menghasilkan karya sangat bergantung kepada pemilihan yang dilakukan oleh pengkarya. Sesetengah pengkarya akan terus menggunakan bahan yang sama bagi menghasilkan karya dan tidak kurang juga yang gemar membuat eksperimentasi bagi melihat kesan-kesan tertentu. Jelasnya, pemilihan bahan yang dipilih memberikan kesan terhadap masa yang diambil bagi menyiapkan sesuatu karya dan persediaan yang perlu dilakukan sebelum menghasilkan. Oleh yang demikian, guru perlu membimbing murid melalui pengenalan terhadap bahan dan teknik penggunaan serta penghasilan. Guru perlu menjelaskan melalui demonstrasi dan tunjuk cara supaya pemilihan bahan oleh murid mempunyai makna dan nilai tersendiri

loading...


Pencarian Proses Artistik Kaedah Chapman

karya seni lukis modern dari affandi beserta penjelasannya, pengertian dari pantun kanak kanak, tugas cliping seni rupa 2 dimensi dengan gambarnya, contoh NASKAH KARYA PERORANGAN POLRI, contoh karya tulis ujian kenaikan pangkat penyesuaian ijazah help, naskah reskrim, kesan buangan industri dan kaedah mengawal, macam macam reskrim, simbol simbol karya 2 dimensi, kaedah mengawal bahan buangan industri, apa yang di maksud dengan pameran karya seni rupa, latar belakang karya seni 3 dimensi, pengertian lengkap galaksi beserta gambar, contoh gambar seni rupa kontemporer dan keterangan, gambar contoh seni rupa kontemporer dan keterangan, apa yang di maksud sifat subjektif dalam seni, contoh gambar seni rupa teraoan di 33 provinsi, contoh hasil karya seni rupa daerah riau pekanbaru, gambar tema/1 muharam, gambar seni rupa terapan mancan negara beserta pencptanya